loading...
Rupa paras yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap wanita di dunia. Tapi tahukah anda golongan wanita di beberapa buah negara sanggup menggunakan teknik aneh dan pelik hanya kerana ingin kelihatan menawan? Baca artikel ini..
Rupa paras yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap wanita di dunia. Tapi tahukah anda golongan wanita di beberapa buah negara sanggup menggunakan teknik aneh dan pelik hanya kerana ingin kelihatan menawan?
Boleh dikatakan setiap negara di dunia ini mempunyai pelbagai teknik mahupun cara tersendiri untuk cantik.
Di Amerika Syarikat dan Korea Selatan misalnya, banyak klinik kecantikan di sana menggunakan binatang daripada jenis moluska - binatang yang berkerang, iaitu siput sebagai bahan utamanya.
Kebanyakan pusat-pusat kecantikan di sana menggunakan ekstrak semula jadi siput iaitu lendirnya untuk mencantikkan kulit. Lendir siput dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit dan mengelakkan jangkitan kuman.
Selain itu, rembesan lendir siput juga mampu menghalang pancaran sinar ultraungu (UV). Di samping dapat menghapuskan sel-sel mati dan menjana semula kulit tersebut menjadi lebih sihat.
Manakala beberapa buah pusat kecantikan di Krasnoyarsk, Siberia, Rusia lain pula ceritanya. Masih menggunakan siput sebagai bahan utama tetapi menggunakan kaedah yang berbeza.
Para pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan di klinik tersebut hanya perlu baring. Kemudian, petugas klinik akan meletakkan beberapa ekor siput yang masih bernyawa ke atas muka pelanggan.
Pengamal kecantikan di sana percaya lendir yang dikeluarkan oleh siput adalah baik untuk kulit. Kebanyakan siput tersebut didatangkan khas dari Afrika.
Di bandaraya New York pula, pusat kecantikan di sana menggunakan najis burung merpati sebagai satu perniagaan.
Dengan hanya membayar USD$50, Shizuka New York Day Spa menawarkan perkhidmatan menggunakan najis burung yang dikenali sebagai Geisha Facial.
Mereka percaya, najis burung merpati ini mengandungi enzim anti-jerawat dan mampu menjadikan seseorang itu awet muda.
Dilaporkan, beberapa orang selebriti antarabangsa turut menggunakan kaedah ini. Antaranya seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham.
Perawatan ini dikatakan antara kunci rahsia kecantikan geisha-geisha Jepun untuk mendapatkan kulit putih berseri, mulus dan halus sejak beratus tahun dahulu.
Ada sesetengah pendapat pula mengatakan, najis burung bulbul yang telah disteril amat berkhasiat kerana zat dan enzimnya sangat baik untuk kulit.
Justeru, yang mana satukah pilihan anda?
loading...
0 Response to "(TrenDinG) Beberapa Perkara Pelik Untuk Cantik Ini Diamalkan Mengikut Berlainan Negara.."
Post a Comment